Salam semua.
Hi guys.Entry kali ini hanya nak berkongsi tentang tips untuk menghadapi final exam
tak kiralah exam untuk semester atau sekolah. Result aku pun bukanlah gempak sangat tapi sekadar ingin menceritakan tentang bagaimana pengalaman aku sewaktu menghadapi final exam supaya tidak terlalu nervous.Memang tak dapat dinafikan kebanyakan orang rasa terlalu gementar kerana pasti semua yang menduduki exam ingin menjawab exam dengan lancar.Namun jika paper yang agak killer atau sukar tentu akan menjatuhkan lagi confidence level kita.Namun jangan risau kerana apa yang penting adalah mind set.
Tips Pertama : Percaya pada diri sendiri!
Jika anda dah bersedia menghadapi exam anda seharusnya okay.Maksudnya anda tak perlu risau dengan kerisauan yang berlebih-lebihan.
Tips Kedua : Faham matlamat anda.
Mengetahui mengapa anda menduduki exam dan mengapa anda belajar.Semuanya untuk memahirkan anda semasa anda bekerja.Jadi anggaplah exam adalah sesuatu yang perlu anda lalui kalau nak mahir.
Tips Ketiga : Jangan nak terlalu sempurna.
Mengimpikan kejayaan yang cemerlang memang adalah impian semua orang tetapi anda harus pastikan semuanya adalah seimbang.Anda boleh mengharapkan kejayaan tetapi anda kena sedar yang anda juga manusia yang tak lari dari kekurangan.
Tips Keempat : Bertindak untuk memperbaiki.
Jika anda rasa diri anda lemah,cepat-cepat lah berjumpa dengan rakan,guru atau sesiapa yang mahir dalam subjek tersebut.Bukannya stress sebab sudah tentu ia tak membantu langsung!
Tips Kelima : Jangan terlalu berahsia.
Pendam tanpa meluahkan adalah sesuatu yang boleh meracuni badan dan pemikiran.Carilah seseorang yang anda percayai dan ceritakan tentang apa sahaja masalah anda.Ini akan membantu anda mengurangkan kerisauan dan stress.
Diharapkan tips ini berguna untuk korang.Kalau rasa ia tak praktikal atau korang ada cara lain silalah kongsikan di ruangan komen.Share is caring.Thanks guys! -entry De Road : The road to final.


0 comments:
Post a Comment